Sunday 21 June 2015

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN WARNA (ASAS SENI REKA)

Rancangan Pengajaran Harian

Tarikh                     : 20 Januari 2011
Hari                         : Rabu
Waktu                     : 45 minit
Masa                       : 7.40-8.30
Mata Pelajaran        : Pendidikan Seni
Tingkatan                : 2 Delima
Bilangan Pelajar      : 32 Orang
Bidang                     : asas seni reka
Unit Pembelajaran   : warna

Objektif hasil pengajaran  
            Diakhir pengajaran pelajar akan dapat :
Kognitif – Pelajar boleh mengenal jenis-jenis garisan dengan aplikasi bidang seni halus.

Psikomotor-  Dapat menghasilkan hubung jalin garisan dengan penghasilan seni halus.

Afektif    -  Berkerjasama dan mengaplikasikan penggunaan garisan bagi menghasilkan karya 
                   seni halus.
               - Memberi perhatian semasa guru mengajar dan dapat berkerjasama membuat
                  tugasan yang diberikan oleh guru dengan rakan-rakan di dalam kelas dengan baik.
Pengetahuan sedia ada
1.      Pelajar telah mengetahui tentang warna-warna asas dalam mata pelajaran pendidikan seni.
2.      Pelajar telah mengetahui cara menggunakan berus dan campuran warna yang betul.
3.      Mengetahui  warna-warna lain yang terdapat dalam pendidikan seni.
Menggabungjalin Kemahiran
1.      Menghasilkan banyak jenis warna dengan hanya menggunakan tiga warna asas.
2.      Campuran warna menghasilkan warna lain.
KBKK :  Membuat kajian warna, meningkatkan daya berfikir, membuat tafsiran.
Nilai :  
1.      Kerjasama dalam menghasilkan roda warna.
2.      Menyemai semangat toleransi antara satu sama lain.
3.      Memupuk semangat untuk terus mengkaji sesuatu yang baru dalam pendidikan seni
Alatan/bahan dan sumber :
1.      Cat air, berus, bekas berus, kertas lukisan,pensil pemadam dan buku rujukan.



Langkah / masa

       Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

        Catatan/ ABM
  Set Induksi
    (5 Minit )
Permainan teka-teki yang berkaitan dengan warna.
1.       Permainan teka-teki yang berkaitan dengan warna.

2.      Pelajar akan diberi hadiah selepas menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.
Ketelitian
Penghayatan
Aktiviti 1
(15 minit)
Aras 1: Menerangkan tentang  definisi dan peranan warna dalam kehidupan.

Jenis-jenis warna :

·         Warna primer
·         Warna Sekunder
·         Warna Tetier
1.      Pelajar mendengar penjelasan yang diberikan oleh guru.

2.      Pelajar melihat contoh roda warna yang ditunjukkan oleh guru.

3.      Guru memberikan peluang kepada pelajar untuk bertanyakan soalan.

Domain Kognitif
definisi dan peranan warna

ABM
Roda warna
Langah 2
(20 Minit )
Aras 2 : Menunjukkan kaedah mencampurkan warna-warna primer untuk menjadikan warna sekunder dan tetier dengan betul.
1.      Pelajar melihat kaedah mencampurkan warna dengan betul yang ditunjukkan oleh guru.

2.      Pelajar bertanyakan soalan kepada guru sekiranya kurang jelas mengenai percampuran warna yang ditunjukkan.

Toleransi
DBAE-
Teknik, Penghasilan produk roda warna

ABM
Cat air, berus, kertas lukisan, buku teks, air, pensil.
   Langkah 3
  (30minit)
Aras 3 : Menghasilkan roda warna yang mengandungi warna-warna:

·         Warna Primer
·         Warna Sekunder
·         Warna Tetier
1.      Pelajar membuat campuran warna-warna asas sambil diperhatikan oleh guru.

2.      Menghasilkan roda warna di atas kertas lukisan bersaiz A3.

3.      Pelajar melakukan tugasan yang diarahkan oleh guru.

4.      Pelajar melaksanakan tugasan yang diberikan oleh guru dengan penuh tekun.
Ketekunan
Kekemasan
Ketelitian

Domain Psikomotor-
Kemahiran menggunakan alat.

ABM
Cat air, berus, bekas, kertas lukisan, pensil dan pemadam.
    Penutup
   (10 Minit)
Penilaian terhadap hasil karya pelajar.

Guru akan memberikan kritikan melalui peneguhan positif kepada pelajar.
1.      Pelajar menerima penilaian yang diberikan oleh guru terhadap karya mereka.

2.      Pelajar-pelajar yang menghasilkan roda warna dengan sempurna diberikan hadiah.

Kerjasaman

Pendekatan koperatif

Apresiasi terhadap karya seni.

ABM
Hasil karya pelajar

Refleksi:..........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

No comments:

Post a Comment

KLIK SINI