Sunday 21 June 2015

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TENUNAN (TEKNIK COILING)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI


Tarikh                   : 15 Mac 2014
Hari                       : Selasa
Waktu                    : 1 waktu
Masa                      : 45 minit
Mata pelajaran      : Pendidikan Seni Visual
Tingkatan               : 3 Cemerlang
Bilangan Pelajar    : 22 orang
Bidang                   : Kraf
Unit pembelajaran : Tenunan ( Teknik Coiling ) moden


Objektif Hasil Pembelajaran : Di akhir pembelajaran, murid dapat ;
           Kognitif : Mengenalpasti peralatan yang ada dalam tenunan dan proses
               Membuatnya.
Psikomotor : Menghasilkan tenunan teknik coiling mengikut kreativiti masing-         
                       masing.
Afektif : bekerjasama dalam kumpulan dalam menyiapkan teknik coiling.

Pengetahuan sedia ada : 1. Murid mempunyai pengalaman dalam membuat tenunan.
                                          2. Murid telah mengetahui mengenai serba sedikit maklumat
                                              Tenunan menerusi karya yang telah dipamerkan oleh guru.
Penggabungjalinan Kemahiran : 1. Mengenalpasti peralatan dan kemahiran industri bagi 
                                                         Bidang kemahiran hidup.
KBKK : Kemahiran menghubungkait, menganalisis, menilai dan membuat kesimpulan.
Nilai : Keyakinan, berdikari dan bertanggungjawab.
Alat/Bahan : kayu tenunan, benang pakan, benang loseng, gunting, multiboard.
Rujukan : Buku sukatan pelajaran tingkatan 3.




PELAKSANAAN RANCANGAN PENGAJARAN

LANGKAH

ISI PENGAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

SET INDUKSI
( 5 minit )

Kotak hadiah




1. Guru menanyakan soalan berkaitan tajuk.
2. Murid berfikir dan menjawab jawapan yang tepat.

-Strategi main sambil
  Belajar.
-TKP :
Kecerdasan Verbal Lingustik.
-ABM:
Kotak hadiah

AKTIVITI 1
( 10 minit )

Aras 1 :
Mengumpul maklumat, pemehaman konsep dan penghayatan.
Menerangkan Konsep dan proses-proses tenunan
-Definisi
-Teknik
-Proses
Proses penghasilan
Tenunan


1. Murid memberi tumpuan    Dan catatan nota tentang    maklumat yang diberikan oleh guru.
2. Murid melihat dan menghayati contoh-contoh karya tenunan ( teknik coiling ) yang ditayangkan oleh guru.
3. Murid mengangkat tangan dan menayakan soalan yang dikemukan oleh guru.

-       DBAE
Sejarah seni
-       Pendekatan perkembangan menyeluruh ((kognitif, psikomotor dan afektif)
-       TKP :
-       Kecerdasan Interpersonal
-       ABM :
Contoh-contoh karya

AKTIVITI 2
( 10 minit )












Aras 2 :
Penggunaan alat, bahan dan teknik untuk penghasilan karya.
Demotrasi penghasilan karya tenunan dengan menggunakan teknik coiling.

Proses penghasilan
-keselamatan menggunakan alatan dan media





1. Murid mendengar guru menghuraikan proses-proses menghasilkan karya tenunan.

2. Murid melihat guru membuat demotrasi dalam menghasilkan karya tenunan yang menggu-nakan kayu tenunan.
3. Murid menjawab soalan yang dikemukan oleh guru..

-DBAE :
-Menghasilkan produk seni

-Pendekatan memusatkan guru
-Kaedah penerangan dan demotrasi
-ABM :
Kayu atau frame tenunan, benang loseng serta contoh karya-karya.

AKTIVITI 3
(15 minit )












Aras 2 :
Penggunaan alat, bahan dan teknik untuk menghasilkan karya
Proses penghasilan tenunan dengan mengaplikasikan teknik coiling









1.  Murid mendengar arahan guru sebelum pro-ses penghasilan karya
2. Murid mengaplikasikan teknik coiling dalam proses penghasilan karya.
3. Murid bertanya soalan apabila menghadapi masalah proses pengha-silan.
4. Murid menghasilkan karya tenunan dengan bantuan dan bimbingan guru.



-DBAE
Menghasilkan produk seni
-Pendekatan memusatkan pelajar
-Konstruktivisme
-TKP :
Kecerdasan Interpersonal
-ABM :
Pisau, gunting multiboard.




PENUTUP
( 5minit )

Aras 3 :
Proses membuat dan kritikan
-Penutup
- Penilaian
- Apresiasi
-Rumusan




1. Murid berhenti proses penghasilan karya dan mendengar arahan guru.
2. Murid menukar karya antara pelajar dan membuat apresiasi karya.
3. Murid menjawab soalan yang dikemukan oleh guru (berdasarkan soalan dalam kotak)
4. Murid menceritakan kembali pengajaran dan pembelajaran yang telah berlansung.

-DBAE :
Estetika, Kritikan seni
-Kemahiran memperkukuh
-TKP :
Kecerdasan Interpersonal
-ABM :
Contoh-contoh soalan


Refleksi: ....................................................................................................................................................................................................................................................................................................

No comments:

Post a Comment

KLIK SINI