Sunday 21 June 2015

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TENUNAN (TEKNIK TAFTING)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
TINGKATAN TIGA

Tarikh                         : 25 Mac 2011
Hari                             :  Jumaat
Waktu / Masa             :  10.30 pagi – 11.10 pagi
Mata Pelajaran          :  Pendidikan Seni Visual
Tingkatan                   :  3 Amal
Bilangan Pelajar         :  20 orang
Bidang                         :  Kraf Tradisional
Unit Pembelajaran     :  Tenunan – teknik tafting          
                    
Objektif pengajaran dan pembelajaran : Pada akhir pembelajaran  pelajar dapat,
1. Kognitif  -  Menghuraikan dan menjelaskan empat  teknik tenunan dimensi baru iaitu teknik tafting, teknik coiling, teknik saumak dan teknik plain weave

2. Psikomotor – Dapat mengahasilkan karya tenunan menggunakan teknik tafting dengan baik.

3.Afektif -  Mengaitkan dan mengamalkan disiplin grafik yang kemas dan bersih bagi menghasilkan bahan aktiviti pembelajaran dengan berkesan.

Pengetahuan Sedia Ada :

1.   Pelajar telah mengetahui mengenai tenunan melalui pengamatan dan pemerhatian persekitaran.

2.     Pelajar telah mengetahui mengenai serba sedikit maklumat tenunan menerusi media massa dan internet.


KBKK :    Menyatakan, menghuraikan, membezakan, menerangkan, mengklasifikasikan dan melaksanakan.
Nilai murni  :   Kerjasama, kreatif, estetik, berdisiplin, kepimpinan, kekemasan dan kebersihan.



Alatan dan bahan   :

  1.  Buku sumber guru, contoh teknik tenunan, bantal bertenun

  2. Mounting Board, gunting, benang bulu kambing ( pelbagai warna ),
Sumber rujukan   :   
1. Buku sukatan pelajaran Tingkatan 3.
2.  Buku rujukan Pendidikan Seni Visual (Tingkatan 1-3), Hassan Mohd Ghazali, 2007, Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB), Kuala Lumpur.


Langkah /Masa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Catatan

Set induksi
 ( 5 minit )

Tayangan video



Pelajar tekun melihat video yang ditayangkan oleh guru.

DBAE

1. Model ASSURE:
1. Menganalisa Pelajar
i. Bagaimana keadaan pelajar semasa memulakan kelas?
ii. Apakah reaksi dan kelakuan pelajar?


ABM

1.Alatan : Komputer riba

Nilai
Berfikiran kreatif, berdisiplin dan
kerjasama



Langkah 1
( 15 minit )

Aras 1 :
Mengumpul maklumat, pemahaman konsep dan penghayatan

a)       Definisi tenunan

Suatu proses mencantumkan benang-benang untuk dijadikan sehelai kain


b)       Sejarah

        i.            Wujud sejak pemerintahan Cik Siti Wan Kembang







      ii.            Terkenal di Pahang, Kelantan, dan Terengganu
    iii.            Semenanjung Malaysia terkenal dengan kain tenun, kain selit benang emas, kain limar, dan   kain cindai

    iv.            Serawak terkenal dengan kain Pua dan Sabah pula dengan kain rungus, tubah dan sebagainya


c)             Teknik ( dimensi baru )

        i.            Teknik Tafting
      ii.            Teknik Coiling
    iii.            Teknik Saumak
    iv.            Plain Weave










1.      Pelajar mencatat perkara yang diterangkan oleh guru berkaitan tentang tenunan

2.      Pelajar ditunjukkan contoh – contoh karya yang mudah dilihat dan difahami oleh pelajar.

3.      Menghuraikan dan menjelaskan empat  teknik tenunan dimensi baru iaitu teknik tafting, teknik coiling, teknik saumak dan teknik plain weave ( kognitif )

4.       Pelajar dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai teknik dalam tenunan menerusi contoh yang diberikan oleh guru










Model ASSURE
Gunakan media dan bahan
i.  Media dan bahan bagi penghasilan tenunan
ii. Komputer dan LCD untuk menunjukkan teori .
iii. Buku rujukan bagi membantu pemahaman pelajar.

ABM
i. Alatan :
Komputer riba, LCD, buku rujukan, buku sukatan pelajaran,

ii. Bahan
contoh teknik tenunan, bantal dari teknik tenunan

Nilai
Berfikiran kreatif, inovatif, kerjasama dan berdisiplin.



Langkah 2
( 15 minit )

Aktiviti Seni

Aras 2 :
Menggunakan alat, bahan dan teknik yang sesuai untuk penghasilan bahan

Membuat teknik tenunan tafting di dalam kumpulan.

1.       Para pelajar berkumpul di kumpulan  masing-masing (6 kumpulan) yang telah dibahagikan oleh guru.


2.       Setiap kumpulan mendapatkan bahan-bahan dan alatan untuk melakukan aktiviti tenunan daripada guru.


3.       Pelajar dapat mengaitkan dan mengamalkan disiplin grafik yang kemas dan bersih bagi menghasilkan bahan aktiviti pembelajaran dengan berkesan. (Afektif)



DBAE
1. Penghasilan Seni
Pelajar menghasilkan produk (panel) sebagai pengukuhan kepada Langkah 1.

2. Model ASSURE
 Mendapatkan tindakbalas pelajar
Pelajar melaksanakan dan melibatkan diri dengan aktiviti seni dengan baik.

ABM
i. Alatan : Komputer riba, LCD,

ii. Bahan :
kad board, benang bulu kambing, gunting

Nilai
Kreatif, estetika, berdisiplin dan kepimpinan



Langkah 3
( 5 minit )




1. Penilaian karya/ panel

Aras 3 :
Menghasilkan bahan yang berkualiti, kreatif serta mampu membuat kritikan

Penilaian karya setiap kumpulan.









1.      Setiap kumpulan menghantar wakil untuk dinilai karya masing- masing
2.      Karya yang terbaik akan mendapat tepukan yang paling gemuruh dari rakan-rakan.

DBAE
1. Kritikan Seni
Pelajar mempelajari dan menilai hasil pembelajaran menerusi pengamatan, kritikan serta kualiti panel yang dihasilkan.

2. Estetik
Pelajar dapat menilai kesan dan nilai panel yang dihasilkan.

3. Model ASSURE
5. Mendapatkan tindakbalas pelajar
Pelajar melibatkan diri secara aktif dalam sesi menilai, kritikan hasil produk serta menjawab soalan guru.

6. Menilai bahan
Guru menilai bahan yang dihasilkan pelajar dengan bantuan kritikan dan penilaian pelajar

Penutup
( 5 minit )


Rumusan




Aktiviti membersihkan kelas




1.      Pelajar mendengar dan mencatat sebarang rumusan pelajaran yang dibuat oleh guru.


2.      Pelajar melakukan aktiviti pembersihan di dalam kelas.


DBAE
1. Menilai seluruh proses pembelajaran
Guru akan menilai dan merumuskan aktiviti pengajaran serta pencapaian objektif pengajaran yang dilakukan.

 Nilai
Berfikiran kreatif, inovatif,
kerjasama, kekemasan, kebersihan dan disiplin.


Refleksi:………………………………………………………………………………………………………………………………………………….…………………………………………………………………………………………...................................................................................................................................................................................................................................................


No comments:

Post a Comment

KLIK SINI