Wednesday 29 July 2015

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN CATAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI



Tarikh                               :   25 Januari 2016
Hari                                   :   Selasa
Waktu                               :   2 waktu (80 minit)
Masa                                 :   8.45 – 10.30 pagi
Mata Pelajaran                  :   Pendidikan Seni
Tingkatan                          :   2 Belian
Bilangan Pelajar                :  35 Orang
Bidang                               :  Seni Halus (catan)
Unit pembelajaran            :   Asas Seni Reka
Tajuk/ tema                       :  Pengaplikasian pemahaman terhadap asas seni reka
                                             (Rupa kepada bentuk)
Objektif pengajaran          :  Di akhir pembelajaran pelajar dapat:
dan pembelajaran         

Kognitif                             1. Menyatakan jenis dan teknik catan yang diberikan
Afektif                               2. 98% pelajar dapat memilih media dan bahan yang betul dalam              
                                               penghasilan catan.
Psikomotor                        3. 95% pelajar dapat menghasilkan catan cat air berdasarkan pemahaman  
                                               mereka terhadap asas seni reka iaitu rupa kepada bentuk.

Pengalaman sedia ada      :   Pelajar telah mempelajari sejarah perkembangan dan tokoh catan di 
                                             Malaysia.
Pengabungjalinan             :   Sejarah dan Geografi
KBKK                              :   Menjana idea, membuat gambaran
Penerapan nilai                 :   Bekerjasama, ketekunan, menghargai alam ciptaan Tuhan.
ABM/BBM                       :   Buku sumber guru, contoh catan dari pelbagai teknik dan aliran, alatan            
                                              dan media catan.
                                         
Persediaan guru                :   Slide  dan ABM



Langkah
Isi kandungan
Aktiviti pembelajaran
Hasil pembelajaran
Nilai/ ABM
Set induksi
(5 minit)

Guru menunjukkan slide yang mengandungi gambar peralatan seni.
Aktiviti guru
Menyuruh pelajar membincangkan alatan yang perlu ada dalam dalam proses penghasilan catan cat air.
Aktiviti pelajar
Pelajar menyatakan pendapat dan membincangkan peralatan seni tersebut. Pelajar menyebut nama peralatan dan fungsinya.
Pelajar dapat memilih media dan bahan yang betul dalam penghasilan catan cat air.
Kaedah
Penerangan guru
Nilai
Toleransi, memberi perhatian
KBKK
Menganalisis informasi

Langkah 2
(15 minit)
Menunjukkan contoh-contoh catan.
Aktiviti guru
Sesi imbas kembali terhadap pengajaran sebelumnya.
Aktiviti pelajar
Pelajar menyatakan tentang jenis-jenis catan dan tokoh catan di Malaysia.
Menyatakan jenis dan teknik catan yang diberikan.
Kaedah
Persembahan powerpoint dan penerangan guru
Nilai
Bekerjasama
KBKK
Kreatif
ABM
Komputer
Langkah 3
(15 minit)
Guru menerangkan aspek-aspek yang perlu ditekankan sebelum menghasilkan catan cat air yang baik iaitu:
-pemilihan peralatan yang betul.
- bahan dan media yang sesuai

Aktiviti guru
Guru memberi penerangan berkaitan tajuk yang dibincangkan serta memberikan contoh-contoh  catan cat air yang perlu dihasilkan oleh pelajar
Aktiviti pelajar
Pelajar mereka bentuk ilustrasi. Mengabungjalinkan asas seni reka yang telah dipelajari.
Pelajar dapat  memahami kehendak soalan yang diberikan.
Kaedah
Penerangan guru dan perbincangan
Nilai
Mengutarakan pendapat
KBKK
Kreatif dan inovatif
ABM
Powerpoint

Langkah 4
(30minit)
Aktiviti seni
Guru menerangkan tugasan dan mengarahkan pelajar menekankan aspek penting dalam reka bentuk dalam penghasilan produk. Pelajar diminta menghasilkan karya catan cat air berdasarkan pemahaman terhadap asas seni reka. Iaitu rupa kepada bentuk.
Aktiviti guru
Guru memberi tugasan dan membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan.
Aktiviti pelajar
Pelajar bekerjasama dalam kumpulan yang dibentuk.


99   95% pelajar dapat menghasilkan catan cat air berdasarkan pemahaman mereka terhadap asas seni reka iaitu rupa kepada bentuk.
Kaedah
Aktiviti kumpulan
Nilai
Bekerjasama, menyelesaikan masalah
KBKK
Kreatif dan inovatif
ABM
Bahan dan media dalam penghasilan catan cat air.
Langkah 5
(10 minit)
Pemilihan karya pelajar yang terbaik.
Aktiviti guru
Guru meminta setiap wakil kumpulan meletakkan karya di suatu sudut.
Aktiviti pelajar
Pelajar akan membuat pemilihan karya yang terbaik.
Setiap ahli kumpulan mengambil bahagian.
Kaedah
Kritikan karya.
Nilai
Mengemukakan pendapat
KBKK
kreatif
ABM
Pengkaryaan

Refleksi guru      : Pelajar mengikuti pelajaran dengan baik.
                              Objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai.







No comments:

Post a Comment

KLIK SINI