Wednesday 29 July 2015

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KESEIMBANGAN (PRINSIP REKAAN)

Rancangan pengajaran harian pendidikan seni

Tarikh                         : 25 Februari 2016
Hari                             : Jumaat
Waktu                         : 20 Minit
Masa                           : 08.40 Pagi – 09.00 Pagi
Mata Pelajaran          : Pendidikan Seni Visual
Tingkatan                   : 2 Cemerlang
Bilangan Pelajar        : 30  Orang
Bidang                           : Asas Seni Reka
Unit                             : Prinsip Rekaan
Tajuk/ Tema              : Keseimbangan

Objektif hasil pembelajaran : Di akhir pelajaran, pelajar dapat:
1.      Kognitif : Pelajar dapat mencirikan unsur seni reka keseimbangan secara lisan dengan  contoh pelbagai gambar.
2.      Afektif : Pelajar dapat mengenalpasti karya serta hal benda yang ditunjukkan oleh guru secara lisan dengan baik.
3.      Psikomotor :Pelajar dapat mengaplikasikan unsur seni reka keseimbangan dalam karya kolaj yang dibuat pada akhir pembelajaran.

Pengetahuan sedia ada murid :
1.      Pelajar telah mempunyai pengetahuan unsur asas seni reka.
2.      Pelajar juga telah didedahkan dengan pelbagai karya seni yang menekankan aspek warna, garisan, rupa dan bentuk.
Penggabungjalinan :
1.      Pelajar mempunyai kemahiran menampal kertas pada kertas lain untuk dijadikan karya kolaj..
2.      Pelajar mempunyai kemahiran membahagi sama rata objek.
3.      Pelajar mempunyai kemahiran mengolah idea.
KBKK :
·         Membentuk kerjasama berkumpulan, merekacipta, menjana pemikiran, mewujudkan pengetahuan yang baru dan melahirkan individu yang beretika dan menghargai kraftangan negara. Mempertingkatkan disiplin dalam melaksanakan sesebuah tugasan yang diberikan.
·         Membolehkan pelajar untuk mengaplikasikan kemahiran serta potensi diri dalam melakukan tugas.
·         Mendedahkan pelajar bagaimana melaksanakan sebuah projek dengan baik dan berkesan.
·         Melahirkan semangat kerjasama dalam kumpulan yang diberikan dan menjana pemikiran yang kreatif dan inovatif serta pemikiran ke arah menyayangi produk batik yang diwrisi turun temurun.
·         Mendapatkan ilmu pengetahuan yang banyak disamping menterjemahkannya dalam kerja kumpulan.                                                        
Nilai :
1.      Kerjasama dalam kumpulan besar
2.      Hormat menghormati antara pelajar dengan pelajar serta pelajar dengan guru
3.      Menghargai alam sekitar dengan melakukan imitasi
Alat dan bahan :
1.      Buku sumber guru
2.      Gam, kertas warna, kertas A4, dan pensil.
Langkah /Masa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Catatan
Langkah 1
( 5 minit )
Pertandingan pantas bergerak
·         Guru mengarahkan pelajar untuk menyelesaikan puzzle yang telah dibawa oleh guru yang berkaitan dengan pembelajaran.

·         2 orang pelajar kehadapan bagi membantu guru untuk menyelesaian puzzle tersebut.
DBAE :
·         Disiplin estetik seni dan penghasilan karya

·         Galakan penglibatan murid


Langkah 2
( 5 minit )
Aras 1 : mengumpul maklumat dan pemahaman konsep.
·         Guru memberi penerangan terhadap pelajar tentang
·         Imbangan simetri, tidak simetri dan imbangan semua arah.
·         Pelajar mendengar dengan teliti penerangan guru.
·         Pelajar mencatat perkara yang diterangkan oleh guru berkaitan tentang imbangan

·         Guru menunjukkan contoh – contoh karya yang mudah dilihat dan difahami oleh pelajar.


Imbangan simetri







Imbangan tidak simetri

Imbangan semua arah

·         Disiplin estetik seni dan apersiasi seni

Langkah 3
( 5 minit )
Aras 2 : Menjalankan aktiviti secara spontan dan terancang.
·         pelajar diarahkan untuk menghasilkan sebuah poster dari teknik kolaj.

·         Guru mengarahkan pelajar untuk menghasilkan sebuah poster yang terbina dari teknik kolaj.
·         Pelajar diberikan kertas warna dan kertas lukisan bersaiz A3.
·         Guru memantau kegiatan pelajar agar mereka melakukan tugasan yang telah diberikan oleh guru.

DBAE :
·         Penghasilan karya dan produk.


Langkah 4
( 5 minit )
Aras 4 : Penilaian hasil karya murid.
·         Guru memanggil nama pelajar secara rawak untuk datang kehadapan.

·         Guru memanggil nama pelajar secara rawak untuk datang kehadapan dan menceritakan perkara yang diperolehi melalui kaitan aktiviti tersebut dengan tajuk imbangan.
·         Guru memberi penjelasan secara menyeluruh tentang aktiviti serta tajuk imbangan tersebut

Contoh karya pelajar
DBAE :
·         Disiplin kritikan seni
·         Disiplin apresiasi seni.

·          


Refleksi:………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………...................................................................................................................................................................................................................................................

No comments:

Post a Comment

KLIK SINI