Wednesday 29 July 2015

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KOMUNIKASI VISUAL (GRAFIK)

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN

Tarikh                        : 24 Februari 2016
Hari                            : Jumaat
Waktu                         : 4.15-5.35 petang
Masa                           : 1 jam 20 minit
Mata Pelajaran          : Pendidikan Seni Visual
Bidang                         : Komunikasi Visual
Unit Pembelajaran     : Ilutrasi Grafik
Tajuk/Tema                : Kad Ucapan Hari Jadi
Objektif                       : Di akhir pembelajaran pelajar dapat:
                                   
                                                Kognitif
: Menyenaraikan komponen grafik seperti tipografi, ilustrasi, warna dan reka letak (layout) untuk mencipta kad ucapan melalui tulisan dan lisan dengan betul.
Psikomotor
: Mencipta sebuah kad ucapan Hari Jadi melalui teknik mewarna dengan kreatif dan menarik.
            Afektif
: Pelajar dapat menghasilkan kad ucapan Hari Jadi dengan kemas dan menarik.
KBKK                         : Memahami, menilai, menghubungkait dan menjanakan idea.
Nilai                            : Berdisiplin, kepatuhan, sikap kerjasama , tolong-menolong, teliti, keyakinan,      kehalusan, kesabaran dan rajin.
Pengetahuan Sedia Ada: i) Pelajar mengetahui elemen dan prinsip rekaan semasa tingkatan 1.
ii) Pelajar berpengalaman melihat pelbagai bentuk dan jenis kad ucapan.
iii) Pelajar mengetahui tentang komponen, elemen dan unsur-unsur yang
      terdapat dalam kad ucapan Hari Jadi.
Alatan dan Bahan       : -Kertas lukisan dan  pensel warna
Rujukan                      : Buku rujukan Pendidikan Seni Visual (Tingkatan 1-3), Hassan Mohd Ghazali, 2007, Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB), Kuala Lumpur.
Langkah /Masa
Isi Pelajaran / Kemahiran
Strategi Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan

Set induksi
(5 minit)

Roda impian
-kad hari jadi

-Murid membuat penekaan huruf –huruf yang diberikan oleh guru.


1. Model ASSURE:
1. Menganalisa Pelajar

i. Bagaimana keadaan pelajar semasa memulakan kelas?

ii. Apakah reaksi dan kelakuan pelajar?

 ABM
Kertas A4
Gam

Nilai
Berfikiran kreatif, berdisiplin dan
kerjasama


Langkah 1
(15 minit)

Aras 1
Pemahaman yang jelas tentang konsep, fungsi dan penghayatan.

Isi:
-peranan dan fungsi kad ucapan
-ciri-ciri reka bentuk kad ucapan:
-tipografi
-imej
-warna
-reka letak (layout)

  

-Murid mendengar dan menyoaljawab kepada guru yang menerangkan konsep reka bentuk grafik kad ucapan Hari Jadi.

DBAE:
Disiplin Estetik-
(Pemahaman tentang peranan dan fungsi kad ucapan)

Model ASSURE

1. Estetik
Pelajar dapat mempertimbangkan sifat, kesan, makna dan nilai

ABM
Komputer riba,slide, LCD, buku rujukan, buku sukatan pelajaran

Nilai
Berfikiran kreatif, inovatif, kerjasama dan berdisiplin.


Langkah 2
(20 minit)

Aras 2
Penggunaan alat, bahan dan teknik yang sesuai untuk
penghasilan bahan
-pensel warna
-kertas warna

-Murid mendengar penerangan guru mengenai tugasan dan cara menghasilkan kad ucapan Hari Jadi.
-Murid bergerak ke meja guru dalam kumpulan kecil untuk mengambil peralatan dan bahan yang telah disediakan.


DBAE:
Disiplin Estetik-
(Pemahaman tentang penggunaan alat, bahan dan teknik)

 Model ASSURE
-Mendapatkan tindakbalas pelajar.

-Pelajar melaksanakan dan melibatkan diri dengan aktiviti seni dengan baik.

ABM
i. Alatan : Komputer riba, LCD, pensel, pemadam, gunting,kertas berwarna, gam cecair,pensel warna.

Nilai
Kreatif, estetika, berdisiplin dan kepimpinan


Langkah 3
(30 minit)

Aras 3
Aktiviti di aras ini melibatkan peningkatan penghasilan
bahan yang berkualiti, kreatif serta mampu membuat kritikan.

 kad hari jadi

-Murid memulakan tugasan dengan membuat lakaran idea sambil dipantau oleh guru.
-Murid bertanyakan soalan dan merujuk kepada guru untuk perkembangan idea.




DBAE :
Disiplin  penghasilan produk
(kaedah dan proses menghasilkan kad hari jadi)

Model ASSURE
Mendapatkan tindakbalas pelajar
Pelajar melaksanakan dan melibatkan diri dengan aktiviti seni dengan baik.

Kaedah:
pemerhatian Penerangan dan penjelasan.

ABM:
 -Kertas warna
-Alat tulis

Nilai:
a)ketekunan
b)kesungguhan
c) kreatif
d)kesabaran
e) Kekemasan
f) kerjasama

KBKK:
a) Menjana minda
b) Pemikiran kreatif


Penutup
(10 minit)

-Penutup
-Penilaian
-Apresiasi
-Rumusan

-Murid membuat kemasan terakhir dan menghantar kad ucapan Hari Jadi itu ke hadapan.
-Murid mewakilkan diri untuk tampil ke hadapan kelas setelah diarahkan guru bagi membuat apresiasi karya.


DBAE:
Kritikan dan apresiasi
- Guru akan menilai dan merumuskan aktiviti pengajaran serta pencapaian objektif pengajaran yang dilakukan.




No comments:

Post a Comment

KLIK SINI