Sunday 10 April 2016

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BATIK



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
TINGKATAN TIGA


Tarikh                         : 14 Januari 2011
Hari                             :  Jumaat
Waktu / Masa             :  10.30 pagi – 11.15 pagi / 45 minit
Mata Pelajaran          :  Pendidikan Seni Visual
Tingkatan                   :  3 Rebana 1
Bilangan Pelajar        :  30 orang
Bidang                        :  Kraf Tradisional
Unit Pembelajaran    :  Batik – Pengenalan Batik                           
Objektif pengajaran dan pembelajaran : Pada akhir pembelajaran  pelajar dapat,
1.                             Kognitif  -  Menghuraikan dan menjelaskan sekurang-kurangnya 5 jenis alatan, bahan dan proses membuat batik secara ringkas dan padat.

2.                            Psikomotor - Dapat menjawab sekurang-kurangnya 5 soalan yang dikemukakan oleh guru dengan betul dan tepat.

3.                          Afektif -  Mengaitkan dan mengamalkan disiplin grafik yang kemas dan bersih bagi menghasilkan bahan aktiviti pembelajaran dengan berkesan.

Pengetahuan Sedia Ada :

1.   Pelajar telah mengetahui mengenai batik melalui pengamatan dan pemerhatian persekitaran.

2.     Pelajar telah mengetahui mengenai serba sedikit maklumat batik menerusi media massa dan internet.

Penggabungjalinan Kemahiran : 

1.    Mengenal jenis-jenis kain dan kemahiran industri bagi bidang Kemahiran Hidup.

2.    Mengenal pasti jenis-jenis bahan kimia bagi bidang Sains.

3.   Mengenal pasti tempat-tempat yang terkenal dengan industri penghasilan batik bagi bidang Geografi.

KBKK :    Menyatakan, menghuraikan, membezakan, menerangkan, mengklasifikasikan dan melaksanakan.
Nilai murni  :  Kerjasama, kreatif, estetik, berdisiplin, kepimpinan, kekemasan dan kebersihan.
Alatan dan bahan   :

  1.  Alatan : ABM, LCD, komputer riba, marker pen, gunting, pembaris, pensil,  pemadam,  berus, dan canting (pelbagai saiz).

  2. Bahan : Gambar, sampul surat, kadboard, kertas berwarna, gam cecair, gam lekat, cebisan kain, rosin, lilin, pewarna batik, sodium silikat, serbuk soda (soda ash) dan gabus berabjad (diceraikan).
Sumber rujukan   :    
1. Buku sukatan pelajaran Tingkatan 3.
2.  Buku rujukan Pendidikan Seni Visual (Tingkatan 1-3), Hassan Mohd Ghazali, 2007, Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB), Kuala Lumpur.
3. Rujukan guru.
    i.     Nota-nota daripada Dr. Harozila Ramli, Pensyarah Studio Batik, Jabatan Seni, Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.
    ii.     Blog Pembuat Batik. http://eforum1.cari.com.my/viewthread.php?tid=185094.
    iii.    Malaysian Batik, Wikipedia. http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysian_batik.
    iv.  Portal Rasmi Kraftangan Malaysia. Bidang kraf Batik. http://www.kraftangan.gov .my/craft_category/main/10&menuid=95.
Perbendaharaan kata :   Batik canting (tulis), batik cop, mencanting, melilin, sodium silikat, serbuk soda, pemidang dan rosin
Langkah / masa
Isi kandungan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan
Set induksi
 (5 minit)
Menyusun gabus berabjad dan ‘Treasure Surprise!’ sambil diiringi muzik.

   

Rajah 1: Set induksi

1. Semua pelajar terlibat di dalam permainan ini.

2. Pelajar memeriksa tempat duduk masing-masing dan menemui sama ada gabus berabjad yang diceraikan atau barang yang telah disampul rapi.

3. Pelajar yang mendapat gabus berabjad menyusun dan memadankannya di hadapan kelas.

4. Pelajar yang mendapat bungkusan dikehendaki membuka sampul yang diterima, dan menyusun di hadapan mengikut bahagian yang telah ditandakan oleh guru.

DBAE

1. Model ASSURE:
1. Menganalisa Pelajar
i. Bagaimana keadaan pelajar semasa memulakan kelas?
ii. Apakah reaksi dan kelakuan pelajar?


 ABM
i. Alatan : Komputer riba, canting, dan berus.

ii. Bahan
Gam lekat, cebisan kain, rosin, lilin, pewarna batik, sodium silikat dan serbuk soda.

Nilai
Berfikiran kreatif, berdisiplin dan
kerjasama

Langkah 1
(15 minit)
1.     Pengenalan Batik

Aras 1 :
Mengumpul maklumat, pemahaman konsep dan penghayatan

a)     Definisi Batik

Perkataan batik berasal dari perkataan Melayu iaitu ‘Titik’ dan perkataan Jawa ‘Mba’ bererti ‘Menulis’. Oleh itu, batik bererti ‘menulis titik-titik’.

b)     Alatan

i.              Berus
ii.             Canting


Rajah 1: Jenis-jenis
canting

Rajah 2 : Jenis dan saiz canting

iii.            Pemidang

Rajah 3 : Pemidang
Berkaki

iv.           Dapur
v.            Sarang

c)        Bahan

i.              Kain sutera
ii.             Kain Nilon
iii.            Kain Cutton
iv.           Kain Rayon
v.            Rosin (Damar)
vi.           Lilin (Pepejal)
vii.          Pewarna Batik
viii.         Sodium Silikat
ix.           Serbuk Soda

d)        Teknik

i.              Batik canting
ii.             Batik cop (blok)
iii.            Batik skrin
iv.           Batik pelangi

e)        Proses

i.                   Melakar


Rajah 4 : Proses melakar di atas kain

ii.         Melilin/ mencanting





Rajah 5 : Proses melilin / mencanting

iii.                 Mewarna


Rajah 6 : Proses mewarna

iv.                Mengering


Rajah 7 : Proses mengering

v.        Mematikan warna


Rajah 8 : Proses mematikan warna

vi.                Merebus


Rajah 9 : Proses merebus

vii.               Mencuci


Rajah 10 : Proses mencuci

viii.           Kemasan

f)         Tokoh

i.    Haji Che Su bin Haji Ishak
ii.   Haji Ali bin Ishak








1. Pelajar mendengar dengan sepenuh perhatian kepada penerangan daripada guru.





2. Pelajar melihat, memerhati dan memegang alatan dan bahan (daripada bungkusan yang dibuka oleh pelajar di semasa set induksi) yang disediakan.









3. Pelajar dapat menghuraikan dan menjelaskan sekurang-kurangnya 5 jenis alatan, bahan dan proses membuat batik secara ringkas dan padat. (Kognitif)




4. Pelajar dapat mengenalpasti 4 jenis teknik yang digunakan di dalam menghasilkan batik dengan tepat.



5. Pelajar dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai proses dalam batik, menerusi tayangan video penghasilan serta gambar-gambar mengikut langkah-langkah proses penghasilan batik.




6. Pelajar mendengar dan menonton, kemudian bertanyakan soalan kepada guru.































































































7. Pelajar dapat mengetahui serba sedikit mengenai tokoh-tokoh penting dalam penghasilan batik dan kewujudan industri batik di Kelantan dan Terengganu.
DBAE:
1. Sejarah Seni
Pelajar mengkaji mengenai penghasilan karya batik pada zaman dahulu dan kini serta tokoh secara ringkas

2. Estetik
Pelajar dapat mempertimbangkan sifat, kesan, makna dan nilai seni batik.

3. Model ASSURE
4. Gunakan media dan bahan
i.  Media dan bahan bagi penghasilan batik
ii. Komputer dan LCD untuk menunjukkan teori dan memasang lagu.
iii. Buku rujukan bagi membantu pemahaman pelajar.

ABM
i. Alatan :
Komputer riba, LCD, buku rujukan, buku sukatan pelajaran, buku latihan, canting dan berus.

ii. Bahan
Cebisan kain, rosin, lilin, pewarna batik, sodium silikat dan serbuk soda.

Nilai
Berfikiran kreatif, inovatif, kerjasama dan berdisiplin.

















































































Langkah 2
(15 minit)
Aktiviti Seni

Aras 2 :
Menggunakan alat, bahan dan teknik yang sesuai untuk penghasilan bahan

Membuat panel/carta alir berkaitan alatan, bahan, teknik dan proses dalam penghasilan batik.
1. Para pelajar berkumpul di kumpulan  masing-masing (4 kumpulan) yang telah dibahagikan oleh guru.


2. Setiap kumpulan mendapat satu sampul dan mereka mendapatkan bahan-bahan dan alatan lain daripada guru.


3. Pelajar melakukan tugasan  sambil bertukar-tukar gambar (gambar di dalam sampul bercampur-aduk);  sambil mendengar muzik


4. Pelajar dapat mengaitkan dan mengamalkan disiplin grafik yang kemas dan bersih bagi menghasilkan bahan aktiviti pembelajaran dengan berkesan. (Afektif)
DBAE
1. Penghasilan Seni
Pelajar menghasilkan produk (panel) sebagai pengukuhan kepada Langkah 1.

2. Model ASSURE
5. Mendapatkan tindakbalas pelajar
Pelajar melaksanakan dan melibatkan diri dengan aktiviti seni dengan baik.

ABM
i. Alatan : Komputer riba, LCD, pensel, pemadam, marker pen, gunting, berus, canting (pelbagai saiz) dan blok batik.

ii. Bahan :
Gambar, sampul surat, kadboard, kertas berwarna, gam cecair, gam lekat, cebisan kain, rosin, lilin, pewarna batik, sodium silikat, serbuk soda (soda ash).

Nilai
Kreatif, estetika, berdisiplin dan kepimpinan

Langkah 3
(5 minit)
1. Penilaian karya/ panel

Aras 3 :
Menghasilkan bahan yang berkualiti, kreatif serta mampu membuat kritikan

2. Latihan Pengukuhan


1. Pelajar berhenti dari melakukan kerja-kerja dan mendengar penjelasan guru.

2. Panel yang dihasilkan pelajar dinilai dan diberi markah.


3. Pelajar dapat menjawab sekurang-kurangnya 5 soalan yang dikemukakan oleh guru dengan betul dan tepat. (Psikomotor)
i.   Apa itu batik? Terangkan secara ringkas.
ii.  Berapa jenis alatan yang digunakan di dalam penghasilan batik?
iii. Mengapa saiz canting berbeza?
iv. Apakah jenis kain yang digunakan di dalam penghasilan batik?
v.  Nyatakan 4 teknik dalam batik dan apakah perbezaan teknik-teknik itu?
vi. Berikan proses-proses di dalam penghasilan batik secara ringkas.
vii. Siapakah tokoh yang terkenal dalam industri batik di Kelantan?

DBAE
1. Kritikan Seni
Pelajar mempelajari dan menilai hasil pembelajaran menerusi pengamatan, kritikan serta kualiti panel yang dihasilkan.

2. Estetik
Pelajar dapat menilai kesan dan nilai panel yang dihasilkan.

3. Model ASSURE
5. Mendapatkan tindakbalas pelajar
Pelajar melibatkan diri secara aktif dalam sesi menilai, kritikan hasil produk serta menjawab soalan guru.

6. Menilai bahan
Guru menilai bahan yang dihasilkan pelajar dengan bantuan kritikan dan penilaian pelajar.

Nilai
Kreatif, estetika, berdisiplin dan kepimpinan

Penutup
(5 minit)
Rumusan




Aktiviti membersihkan kelas


Pameran


1. Pelajar mendengar dan mencatat sebarang rumusan pelajaran yang dibuat oleh guru.


2. Pelajar melakukan aktiviti pembersihan di dalam kelas.


3. Hasil panel / carta alir ditampal dan dipamerkan di sudut ruangan ‘Pendidikan Seni Visual’ di dalam kelas.

DBAE
1. Menilai seluruh proses pembelajaran
Guru akan menilai dan merumuskan aktiviti pengajaran serta pencapaian objektif pengajaran yang dilakukan.

 Nilai
Berfikiran kreatif, inovatif,
kerjasama, kekemasan, kebersihan dan disiplin.


Catatan Refleksi Guru


No comments:

Post a Comment

KLIK SINI