Sunday 10 April 2016

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN CETAKAN (TEKNIK STENSIL)



RANCANGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
(CETAKAN)

Tarikh                        : 21 Mei 2015
Hari                            : Jumaat
Masa                         : 1 jam 20 minit / 2 waktu
Mata pelajaran         : Pendidikan Seni Visual
Tingkatan                 : 2 Delima
Bilangan pelajar     : 30 orang
Bidang                      : Seni Halus
Unit pembelajaran : Cetakan (Teknik Stensil)
Tajuk/tema               : Rupa Geometri (Islamik)

Objektif Hasil Pembelajaran : Di akhir pembelajaran, murid dapat :

Kognitif  :
Mencerita kembali proses cetakan stensil menggunakan media kertas
Psikomotor :
Menghasilkan karya cetakan berdasarkan tema rupa geometri.
Afektif :
Menghasilkan karya cetakan dengan bersungguh-sungguh dan mengikut kreativiti.

Pengetahuan sedia ada : 

1. Murid telah mempelajari sejarah batik pada minggu lepas

Penggabungjalinan Kemahiran :

1. Kemahiran penggunaan alatan dalam subjek Kemahiran Hidup.

KBKK:           Kemahiran menghubungkait, menganalisis, menilai, membuat kesimpulan.
Nilai :              Keyakinan, berdikari, tanggungjawab dan kekemasan.

Alat/Bahan:  Contoh imej cetakan stensil, kertas, cat air, akrilik, span

Rujukan :     
1.    Buku panduan guru pendidikan seni visual (PPK)
2.    Buku sumber guru pendidikan seni visual. KBSM


Langkah  /
Masa
Isi Kandungan
Aktiviti Guru
Catatan
Set Induksi
( 5 Minit )

Tayangan video tentang aktiviti mencetak.
pelajar melihat cara memegang skuji dengan betul dan mencetak.

ABM:
video

Langkah 1
(mencungkil idea)
( 15 Minit )

definisi cetakan:
-hasil sapuan warna atau dakwat keatas permukaan rata melalui sesuatu stensil atau skrin.

-cetakan stensil dikenali sebagai cetakan sarigrafi.

jenis cetakan stensil:
1.cetakan potongan kertas pendua.
2.cetakan profilem (filem leker)
3.cetakan skrin jenis foto.

contoh karya cetakan
soal jawab daripada guru.
1.Berikan maksud cetakan secara ringkas.
2. berikan dua jenis cetakkan stensil.

Guru memperkenalkan topik pengajaran.
Guru menerangkan kepada pelajar tentang teknik cetakan stensil secara lisan.

Guru menunjukkan beberapa contoh karya yang megaplikasikan teknik cetakan stensil kepada pelajar.


DBAE :
Sejarah seni
Pendekatan
Perkembangan 
Menyeluruh (kognitif,
 afektif,
 psikomotor)

TKP :
Kecerdasan Verbal  Linguistik

ABM: Contoh-contoh cetakan stensil yang telah siap


Langkah 2
(menstruktur idea)
( 20 Minit )

1.proses artistik
a. Mengumpul maklumat
b. Olahan idea

2.penentuan tema

3.penghayatan terhadap set gambar menggunakan deria penglihatan pelajar

Guru menunjukkan demontrasi kepada pelajar tentang cara-cara penghasilan cetakan stensil

Guru mengaitkan pembelajarn yang lepas berkaitan peranan, jenis dan cara.

Murid meneliti dan diberi peluang untuk menyatakan idea atau pertanyaan berdasarkan tema yang dipilih.

Guru mengingatkan tentang keselamatan penggunaan alatan tajam seperti pisau.

DBAE :
Menghasilkan
 produk seni

Pendekatan 
 memusatkan
 guru

Kaedah
Penerangan    dan
Demonstrasi


Langkah 3
(aplikasi)
( 40 Minit )
1.proses artistik
 - aplikasi idea

2.proses penghasilan:


alatan:
-       Skuji/span
-       Akrilik
-       Kertas
-       Cat air
-       Gunting/pisau
-       Gam/spray mound

Guru membahgikan pelajar kepada enam kumpulan.

Guru mengarahkan setiap kumpulan menghasilkan rupa geometri (islamik) di atas kertas lukisan sebelum menghasilkan cetakan stensil.

Setiap ahli dalam kumpulan bersama-sama menghasilkan cetakan stensil berdasarkan tema.

Guru melakukan tinjauan.

DBAE :
Menghasilkan produk seni

Pendekatan
memusatkan
pelajar
Konstruktivisme

TKP :
Kecerdasan 
Interpersonal

ABM / BBM
Pisau, Kertas Lukisan, warna.


Penutup
( 5 Minit )

Penutup
Penilaian
Apresiasi

Guru  menerangkan secara ringkas aspek-aspek kritikan asas yang perlu dilakukan oleh pelajar terhadap karya rakan.

Di akhir sesi kritiakan, guru memilih beberapa karya terbaik sebagai contoh untuk pelajar.

Pelajar didedahkan serba sedikit tentang asas kritikan karya.

Menggalakan pelajar berkeyakinan untuk menyuarakan penadapat masing-masing tentang karya yang dihasilkan.

No comments:

Post a Comment

KLIK SINI